Tuesday 6 December 2011

Aplikasi IT Dalam Bisnes


424px-voip_illustration_svg
Aplikasi e perniagaan bersepadu yang membolehkan jualan pelbagai saluran, pemasaran dan sistem perkhidmatan pelanggan untuk ditempatkan di Web
Siebel Systems, Inc. (Nasdaq: SEBL), syarikat penyedia perisian aplikasi e perniagaan utama di dunia, dan BMC Software, Inc. (NYSE: BMC), syarikat pemimpin dalam pengurusan enterpris, hari ini mengumumkan satu perkembangan rakan usaha sama di mana BMC Software telah dipilih sebagai vendor sistem pengurusan terpilih untuk Siebel Systems.
Siebel Systems menyediakan barisan perisian aplikasi e perniagaan bersepadu yang membolehkan jualan pelbagai saluran, pemasaran dan sistem perkhidmatan pelanggan untuk ditempatkan di Web, di pusat-pusat panggilan, di lapangan, melalui saluran-saluran penjual semula dan merentas rangkaian runcit dan penjual.
Perisian pengurusan BMC menyediakan para pengguna dengan fungsian pelbagai bidang yang diperlukan untuk mengurus prestasi, mengoptimumkan tahap perkhidmatan, memperbaiki kelajuan penempatan dan mengeksploitasi keupayaan Aplikasi e perniagaan Siebel. Kepakaran BMC Software dan penempatan penyelesaian pengedaran pengurusan kerangka utamanya kepada pelbagai pelanggan Siebel Systems dengan menyediakan BMC Software dengan keupayaan unik bagi menyediakan penyelesaian berskala penuh, mudah untuk dilaksanakan serta penyelesaian akhir ke akhir untuk Aplikasi e perniagaan Siebel dan infrastruktur lain.
"Kami memilih BMC sebagai vendor pengurusan sistem terpilih kerana penyelesaian BMC yang ekstensif, penyelesaian pengurusan berskala untuk Aplikasi e perniagaan Siebel serta kejayaan BMC dalam menyelesaikan keperluan pengurusan pelanggan bersama-sama kami," kata Bernard Pech, Ketua Pegawai Teknologi, Siebel Systems. Kami yakin bahawa para pelanggan akan mendapat manfaat melalui sokongan efektif Aplikasi e perniagaan Siebel berdasarkan penyelesaian pengurusan BMC yang terbukti. Siebel Systems akan melaksanakan penyelesaian BMC bagi mengurus persekitaran Teknologi Maklumat pada tahun yang akan datang.
"Sokongan kepada Siebel Systems mencerminkan kukuhnya penyelesaian pengurusan enterpris BMC," kata Calvin Guidry, Naib Presiden dan pengurus besar, Enterprise Systems Management, BMC Software. "Para pelanggan kami yang sedia ada kini menyelaraskan penyelesaian BMC bagi memastikan komponen-komponen enterpris mereka berada dalam kawalan dan melaksanakan fungsian masing-masing pada tahap optimum. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menawarkan keupayaan yang sama kepada pangkalan pelanggan kami yang semakin besar melalui rakan usaha sama Siebel Systems."katanya lagi.

No comments:

Post a Comment